Semua
warga SMSTJ berkumpul sejak pukul 7.15 pagi di dataran bangunan
teknologi kejuruteraan. Perarakan mauludur Rasul dipimpin oleh
Ustaz Shamsul. Sambutan hari guru pula dimulakan oleh tarian silat
dan dirasmikan oleh En. Adnan. Program berlangsung dengan meriah
dengan pertunjukan oleh para pelajar. Persembahan oleh para guru
juga tidak kurang hebatnya dengan kelembutan suara Cik Kasmizan
& Pn. Norlela. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti
perlawanan bola jaring, ping-pong dan pertandingan menarik teh
tarik. Program ini ditamatkan dengan Upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang. Diharap program ini dapat diteruskan pada
masa akan datang.
Sekolah
Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) terletak kira-kira 2km dari pekan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1973
dan mengambil nama Yam Tuan Negeri Sembilan sempena perasmian sekolah
pada tahun 1982.