Make your own free website on Tripod.com

Arkib


29 April 2003

         Pada 29 April 2003,Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar telah menghantar 4 pasukan kawad kaki ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,Seremban.

         SMSTJ telah menghantar wakil bagi semua kategori setelah berjaya membolot kemenangan pada pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kuala Pilah.SMSTJ telah menghantar pasukan Kadet Polis(L),Kadet Bomba(P),Renjer Puteri(P) dan Pengakap(L).

         Tempat pertandingan telah disediakan berasingan bagi kategori NGO(agensi bukan kerajaan) dan agensi kerajaan saingan terdekat pasukan daerah Kuala Pilah iaitu SMSTJ ialah pasukan dari daerah Gemas iatu Sekolah Menengah Palong Tujuh..

         Akhirnya,pasukan pengakap SMSTJ telah berjaya menjadi juara bagi kategori NGO(L) seterusnya melayakkan diri ke pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di Melaka tidak lama lagi.Pasukan kawad kaki yang lain pula kecundang .Walaupun tewas,mereka tetap berbangga dengan usaha mereka selama ini dan boleh mencuba lagi tahun hadapan.


Muka Depan | Kata-kata Aluan | Latarbelakang | Album | Nadi Penggerak | PIBG | Takwim | Akademik | Kokurikulum | Arkib | Pelajar | Kreatif | Unit Peperiksaan | Bekas Pelajar | Rangkaian | Webmaster |


Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel: +606-4811304 Fax: +606-4817137 smstjkp@hotmail.com