Make your own free website on Tripod.com


Cetusan Ayahanda Pengetua SMSTJ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) telah mempunyai sebuah laman web seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia yang telah lama menceburi bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Munculnya laman web ini, saya kira sudah tentu dapat memberi sedikit peluang kepada SMSTJ dikenali di seluruh Malaysia malah di seluruh dunia sekalipun melalui teknologi terkini seperti yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia iaitu Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Pihak sekolah dan warga SMSTJ sedang berusaha meningkatkan kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Salah satu daripada usaha-usaha ini jelas dapat dilihat melalui penciptaan laman web yang merupakan salah satu daripada cabang Projek Sekolah Bestari. Kurikulum Sekolah Bestari yang sentiasa dikemaskinikan serta memberi fokus kepada penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini juga jelas membuktikan bahawa SMSTJ sedang melangkah ke era globalisasi.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua warga SMSTJ khususnya, agar anda terus berdiri teguh dalam menyahut cabaran-cabaran Wawasan 2020 dalam era globalisasi demi mencakupi ilmu yang berharga bukan sahaja untuk keharmonian diri sendiri malahan masyarakat, bangsa dan juga negara. Ingat sentiasa, idea dan tindakan yang luar biasa sahaja yang mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Sekian, terima kasih

       Carian Maklumat   |  Berita Semasa   |  Portal Utusan   |  Perbincangan   |  Belajar HTML   |

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: +606-4811304 Fax: +606-4817137 smstjkp@hotmail.com